Sensasi Terkini Viral

Rosak, Kereta Gagal Lepasi Palang Tol Lorong Smart Tag

Sebuah kereta Honda Civic mengalami kerosakan di bahagian bumbung gara-gara tidak melepasi palang tol di lorong Smart Tag di tol Ayer Keroh dan tol keluar dari Nilai.

Kejadian tersebut menjadi tular di Facebook selepas seorang penggguna laman sosial berkenaan, Ismanor Aizal memuatnaik status mempersoalkan info had palang yang tidak tepat sehingga menyebabkan kemalangan yang menimpa kereta dipercayai milik rakannya.

Selain rosak di bahagian bumbung, kereta tersebut juga pecah cermin belakang dan Roof-Mounted Bicycle Rack yang dipasang juga bengkok selepas gagal melepasi palang tol lorong Smart Tag.

Ismanor mendakwa, info ketinggian 2.1 meter yang dipamerkan di laluan masuk lorong Smart Tag tidak tepat sehingga menyebabkan kereta itu tersangkut.

Justeru, dia menuntut penjelasan daripada pihak tol mengapa palang tersebut direndahkan sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

PLUS pada 9 Januari lalu melalui laman Facebooknya pernah memaklumkan agar para penggunanya mematuhi had ketinggian kenderaan yang telah ditetapkan di setiap lorong plaza tol sebelum memasukinya.

Jadi, selepas ini diharap pengguna jalan raya yang ada meletakkan barang di atas kereta, berhati-hati ketika melalui lorong tol. Pastikan anda betul-betul mengukur ketinggian kenderaan anda agar kejadian seperti ini tidak berulang.-KLICK.MY