Sensasi Terkini Viral

Rosak Akhlak, Pelajar Bercium Di Belakang Hospital

Pelajar sekarang bukan seperti pelajar dulu. Mereka lebih ke hadapan dan tiada rasa malu melakukan kesalahan di khalayak umum. Bukannya pelajar dulu tidak pernah buat salah tetapi mereka masih ada rasa malu berbanding pelajar sekarang.

Terbaru, aksi bercium pelajar di Sarawak sedang hangat di laman sosial sehingga menjadi tular. Malah mereka tanpa segan silu melakukannya di kawasan terbuka sehingga orang lain boleh nampak.

Kejadian memalukan itu dirakam gambarnya oleh Augustine Bayinz yang berada di tempat kejadian di belakang Hospital Betong lebih kurang jam 5 petang ketika menunggu di dalam kereta.

Kemudian dia memuat naik ke dalam Facebook dengan tujuan untuk kesedaran ibu bapa agar menjaga dan memantau tingkah laku anak mereka.

Menurutnya apa yang menyedihkan, pelajar perempuan tersebut masih lagi berpakaian uniform sekolah dan mereka melakukannya di tempat orang sakit.

Malah, dia tidak menolak gejala sosial ini berlaku berpunca daripada pendedahan media sosial yang tidak terkawal menyebabkan golongan muda terpengaruh dan suka mencuba sesuatu yang baru sehingga mengadai akhlak mereka sendiri.-KLICK.MY