Luar Negara Terkini

Ritual Pelik Buang Bisa Ular, Wanita Lemas Ditimbus Najis Lembu

RITUAL pelik bagi membuang bisa ular menyebabkan seorang wanita menemui ajal kerana ditimbus dengan najis lembu.

Wanita yang dikenali sebagai Devendri, 35, dikatakan sedang mencari kayu api di sekitar kawasan hutan berhampiran rumahnya apabila tangannya dipatuk seekor ular berbisa.

Wanita terbabit segera berlari pulang menemui suaminya yang kemudian mencadangkan agar mereka mendapatkan rawatan daripada seorang penjinak ular di Bulandshahr.

Sebaik penjinak ular dikenali sebagai Murarey itu tiba di rumah mangsa, dia mengarahkan suami Devendri, Mukesh, untuk menimbus seluruh tubuh isterinya dengan najis lembu.

Penjinak ular, Murarey

Murarey percaya rawatan tersebut mampu mengeluarkan bisa ular, dengan disaksikan jiran tetangga Mukesh menimbus tubuh isterinya dengan najis lembu sementara penjinak ular tersebut duduk di sisi mangsa sambil membaca jampi.

Malangnya, Devendri disahkan meninggal dunia akibat lemas setelah hampir 75 minit ditimbus dalam najis lembu.

Menurut Mukesh, dia sama sekali tidak menyangka Devendri akan meninggal dunia kerana yakin penjinak ular tersebut mampu mengubati isterinya.

Sementara itu pihak polis berkata tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden itu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.