Hiburan Sensasi Terkini

Rita Rudaini Bikin Peminat Tertanya-Tanya

Gosip mengatakan dia mempunyai hubungan cinta dengan Aqasha masih belum terjawab lagi, tiba-tiba pelakon jelita, Rita Rudaini memuatnaik sekeping gambar di Instagram dengan kapsyen yang mengundang pertanyaan peminat dan netizen.

Rata-rata netizen mula memberi pelbagai pandapat. Ada yang mengutuk dan ada juga membela pelakon ini.

Tidak tahu apa motif Rita meletakkan kapsyen ‘berani mati’ seperti itu. Mungkin untuk gimik drama atau yang berkaitan hidupnya.

Apabila diteliti kaspyen tersebut sebenarnya merupakan rangkap lagu yang berjudul Harus Aku nyanyian Sufian Suhaimi.

Malah, ada netizen yang berteka-teki Rita Rudaini bakal mendirikan rumah tangga dengan seseorang. Pelbagai emosi dizahirkan oleh netizen mengenai status kapsyen tersebut.

Tidak kisahlah apapun maksud di sebalik kapsyen tersebut, moga pelakon ini terus berjaya dalam bidang lakonan dan perniagaannya.-KLICK.MY