Hiburan Terkini

Rita Hanya Bagi Nasihat, Tak Sentuh Pun Hal Izreen – Nazia Mustafar

PERTEMUAN yang diatur oleh aktres Nazia Mustafar di antara Intan Liana Saleh dan pelakon Rita Rudaini adalah bagi mendapatkan nasihat berkaitan urusan mahkamah kerana Rita pernah melaluinya sebelum ini.

Nazia yang sebelum ini dikenali sebagai Nadia Mustafar berkata, dia meminta bantuan Rita kerana pihaknya tidak mempunyai pengalaman untuk memberi khidmat nasihat berkaitan urusan perceraian yang akan dibuat oleh suami Intan iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude nanti.

“Adik saya berkahwin dengan kakak Intan iaitu Roza Saleh dan kami sangat rapat kerana saya kenal Intan ni sejak dia kecil lagi.

“Jadi bila dia minta nasihat saya fikir Rita yang paling banyak pengalaman berkaitan naik turun mahkamah. Saya memang pernah bercerai tapi tidak melibatkan hal tuntutan di mahkamah,” ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Nazia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang foto pertemuan antara Intan dan Rita Rudaini yang dimuat naik pada Khamis.

Sementara itu, Nazia berkata, dalam pertemuan itu Rita banyak memberi nasihat dan pandangannya dalam mempertahankan hak seorang wanita ketika berada di mahkamah.

“Saya dengan Rita berkawan baik sejak kami sama-sama berlakon dalam drama Reflesia dahulu. Jadi, ketika diminta pertolongannya dia tidak teragak-agak untuk kongsi pengalaman.

“Dia banyak bagi sokongan moral dan kongsi apa yang dia rasa perlu dituntut di mahkamah nanti,” ujarnya.

Sementara itu, Nazia berkata, pertemuan tersebut juga tidak sedikit pun menyentuh tentang pelakon Izreen Azminda seperti mana dakwaan netizen.

“Rita tidak cakap apa pun pasal pihak sebelah sana, dia hanya cerita hal mahkamah sahaja. Lagi pula kita sama-sama rakan artis tidak mahulah bermasam muka kerana industri kecil sahaja nanti akan berjumpa juga.

“Walaupun saya di sebelah Intan tapi saya juga simpati dengan nasib Izreen yang menerima kecaman sangat teruk.

“Pada saya semua sudah tertulis, apa yang terjadi pada Intan ini mungkin ada hikmahnya,” ujarnya.

Mengikut perancangan, Intan akan dilepaskan sebagai isteri Ude, 30, pada 22 Mac depan. Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Manakala Ude dan pelakon Izreen Azminda telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos 2017. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.