Hiburan Terkini

Ribuan Peminat, Rakan Artis Beri Penghormatan Terakhir Buat Sridevi

RIBUAN peminat dari pelusuk India datang ke Mumbai untuk memberi penghormatan terakhir kepada pelakon legenda Bollywood Sridevi Kapoor berikutan kematian mengejutnya pada Sabtu lalu.

Pelakon popular wanita India itu meninggal dunia pada usia 54 tahun selepas terjatuh di bilik mandi di sebuah hotel di Dubai pada usia 54 tahun.

Berkaitan: Kematian Sridevi: Bukan Serangan Jantung Tetapi Lemas

Selain membawa bunga ros, ada juga peminat yang membawa poster gambar pelakon terkenal itu.

Turut hadir, Perdana Menteri India, Narendra Modi pengarah terkenal India, Karan Johar di Celebration Sports Club di Andheri West, Mumbai semalam.

Kelihatan juga beberapa kenalan artis turut sama hadir bagi memberi penghormatan terkakhir, antaranya ialah pelakon jelita, Aishwarya Rai, Hema Malini, Kajol, Ajay Devgan, Jaya Bachan, Madhuri Dixit, Rekha dan ramai lagi.

Sepanjang kerjayanya, Sridevi dicalonkan untuk 10 anugerah Filmfare dan memenangi lima daripadanya, selain diiktiraf kerajaan India menerusi Padma Shri pada 2013. –KLICK.MY