Sensasi Terkini Viral

Rezeki Terpijak, Wanita Terkejut Beli Ayam Dapat Gelang Emas

Inilah orang kata rezeki datang bergolek. Seorang wanita di Thailand terkejut apabila ayam yang dibeli di pasar menyimpan sesuatu yang berharga.

Setelah membeli seekor ayam di pasar, kemudian dia pun memotong ayam tersebut untuk dimasak.

Namun ketika dia membersihkan ayam tersebut, alangkah terkejutnya apabila ternampak sesuatu yang berkilau di dalam pedal atau kantung najis ayam itu.

Mengesyaki ada sesuatu di dalamnya, dia pun mengeluarkan benda tersebut yang telah bercampur dengan najis ayam.

Dia kemudiannya mencuci dan mendapati benda tersebut adalah gelang emas! Dia terkejut dan tidak menyangka dalam kantung najis ayam itu terdapatnya harta yang berharga.

Namun gelang berkenaan sudah tidak berada dalam keadaan sempurna kerana telah putus. Dia yakin ayam itu telah menelan gelang emas tersebut ketika makan.

Oleh kerana dia tidak tahu siapa tuan gelang emas tersebut, jadi ia secara automatiknya menjadi miliknya. Inilah yang dikatakan rezeki terpijak! –KLICK.MY