Sensasi Terkini Viral

Rezeki Selepas Banjir, Penduduk Kampung Dilimpahi Emas

Setiap musibah yang datang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitulah yang berlaku di sebuah kampung di Sulawesi Tenggara Indonesia.

Setelah dilimpahi air banjir, penduduk kampung itu kini dilimpahi pula emas yang menjadikan mereka kaya raya.

Bayangkan purata setiap orang dapat memiliki emas sebanyak 30 hingga 40 gram emas sehari. Sudah pasti itu membolehkan mereka bergelar orang kaya serta merta.

Salah seorang penduduk di situ memberitahu, ketika emas tersebut ditemui hanya penduduk kampung sahaja yang melakukan pendulangan emas.

Namun begitu sekitar empat hari selepas berita penemuan tersebut tersebar luar, akhirnya sekarang ratusan orang telah pergi ke lokasi emas tersebut dan mereka melakukannya secara manual.

Wah, bertuah sungguh penduduk kampung ini! Musibah yang melanda akhirnya didatangi nikmat yang tidak terkira.
Sungguhpun begitu, dalam mereka ghairah mendulang emas, jangan lupa faktor keselamatan.-KLICK.MY

Tag