Gaya Hidup Sensasi Terkini

Rezeki Selepas Bercerai, Intan Liyana Kini ‘Dilamar’ Lagi

SETIAP yang berlaku sama ada baik atau buruk pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitulah yang terjadi dalam hidup Intan Liyana Saleh apabila rezekinya selepas diceraikan makin bertambah.

Sebelum ini, Intan pernah dipilih oleh Datuk Seri Aliff Syukri sebagai model tudung keluarannya, AliffbySha.

Terbaharu, Utusan Online melaporkan bekas isteri kepada Ude Wahid ini telah dipilih oleh pengeluar pakaian jenama tempatan, Ashh & Annas sebagai wajah baharu untuk memperagakan koleksi sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, rezeki ini bukan untuk bonda semata-mata tetapi untuk anak-anak juga.

“Terima kasih kepada Annas Easkey yang menjelmakan peluang ini. Syukur sangat,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Ashh & Annas, pemilihan Intan untuk memperaga koleksi baharu mereka disebabkan penampilannya yang manis dan lemah lembut.

“Kami sedang giat mempromosikan koleksi baju raya dinamakan Classy Raya 2018 dan boleh lihat contoh baju di laman Instagram @ashhannas,” ujar kenyataan tersebut.

Intan Liana dan Ude bercerai pada 23 Mac lalu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Mereka memiliki dua anak, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1 hasil perkahwinan pada 1 Mac 2013.

Sebelum Intan diceraikan, tercetus kontroversi apabila pelakon Izreen Azminda mendedahkan pada November tahun lalu bahawa dia sudah pun berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup. –KLICK.MY