Sukan Terkini Viral

Comel, Respon Uqasha Senrose Ketika Tonton Bola KLFA Vs JDT

REAKSI spontan pelakon Uqasha Senrose apabila ditanya wartawan Lubuk Cerita tentang ramalan pemenang Liga Super 2018 ini boleh kami katakan comel dan mencuit hati.

Mungkin menyedari dirinya tidak mampu memberi jawapan kukuh kerana kurang pengetahuan tentang sukan bola sepak, Uqasha terus spontan tertawa dan memalingkan muka ke arah lain.

Aksi tersebut bagaimanapun sempat dirakam oleh pembantu peribadinya.

Shot kemudiannya dirakamkan semula dan kali ini Uqasha lebih yakin untuk memilih pasukan negeri kelahirannya, Kelantan sebagai bakal juara Liga Super tahun ini.

Pelakon Ayu Raudhah yang berada berhampiran sesi temuramah sempat menyampuk dan memberikan sokongan kepada rakan bidang seninya itu dengan berkata, Uqasha tidak tahu mengenai bola sepak tapi jika disoal tentang filem pasti pelakon itu tahu untuk menjawabnya.

Rakaman video “tidak bersedia” menjawab soalan Lubukcerita itu turut dimuat naik Uqasha  di Instagramnya dan hingga kini telah mendapat lebih 26,000 tontonan.

Reaksi Uqasha yang tersipu-sipu malu itu disifatkan comel oleh segelintir netizen namun ada juga yang menasihatinya agar membuat persiapan sebelum datang ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Nak pergi stadium kena bersiap-sedia. Pengetahuan pasal bola kena tahu,” tulis @adda_sephia.

“Jadi artis tak semestinya kena tahu dalam bidang filem sahaja. Perkara lain pun kena tahu,” tambah @nurmilhawaputri.

Uqasha hadir bersama beberapa rakan baiknya ke Stadium KLFA dengan menyarung jersi merah pasukan Kuala Lumpur FA.

Uqasha datang memberi sokongan kepada team KLFA dan kepada rakan artis, Ayu Raudah yang merupakan isteri kepada Zakuan Adha, pemain KLFA

Perlawanan Liga Super 2018 malam tadi menyaksikan Kuala Lumpur FA sedang mendahului pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0, ketika perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-56 kerana cuaca buruk dan keadaan padang tak mengizinkan.

Perlawanan dijadualkan disambung semula pada hari ini (Ahad) tepat jam 4 petang di Stadium KLFA. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.