Hiburan Terkini

Resepsi Perkahwinan Fattah, Fazura Ibarat ‘Fairytale’

MALAM tadi telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan pelakon Fazura dan Fattah Amin di Hotel Mandarin Oriental.

Sebelum ini, mereka telahpun diijabkabul dalam satu majlis tertutup pada 27  November 2017.

Berkaitan: Pengantin Baharu, Sekali Lafaz Fazura Sah Isteri Fattah

Bagi para hadirin yang hadir, mata pasti tertumpu pada hiasan majlis bertemakan ‘fairytale’ atau kisah dongeng.

Rekaan pelamin berbentuk istana begitu menepati tema. Ibarat putera dan puteri, pasangan sehati sejiwa ini kelihatan sepadan sekali.

Majlis turut dihadiri ramai rakan selebriti seperti Fasha Sandha, Lisa Surihani, Mira Filzah, Zarina Zainuddin, Datuk Shah Rezza, Alvin Chong, Hisham Hamid, Zizan Razak, Vanidah Imran, Datin Nina Juren, Datuk Aznil Nawawi serta tetamu kehormat Datuk Seri Zahid Hamidi dan isteri.

Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Kini, pasti semua peminat ternanti-nanti khabar gembira daripada pasangan yang baru berkahwin seperti mereka iaitu perihal anak.

Diharapkan Fattah dan Fazura tidak menyembunyikan khabar gembira itu sekiranya ada. Kami di sini juga tidak sabar untuk menunggu ‘Fattzura’ junior. –KLICK.MY

Foto: Beutifulnara