Hiburan Terkini

Remy Ishak Tidak Mahu Terburu-Buru Mendirikan Rumah Tangga

PELAKON yang sedang hangat di kaca TV menerusi drama Kekasih Paksa Rela yang disiarkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis pada pukul tujuh malam, Remy Ishak, mengakui dia perlu ambil masa untuk mendirikan rumah tangga.

Mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawanita, Roszaliza Yusof atau lebih dikenali sebagai Ezza Yusof pada Mei tahun lalu, Remy masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Remy seperti yang dilaporkan oleh mStar Online, dia masih belum bersedia untuk berkahwin kerana mahu memastikan masa depannya dirancang dengan baik.

Malah, dia juga memikirkan tanggungjawab seorang suami dan tak ingin melalui pengalaman seperti ibu bapanya yang sudah bercerai.

“Untuk menjadi seorang suami itu, tanggungjawabnya besar bukan hanya untuk menyatukan silaturahhim. Saya seorang lelaki yang mahu memastikan masa depan berjalan dengan lancar.

“Jadi saya merancang untuk semuanya berjalan dengan baik. Saya dari dulu seorang yang mementingkan tanggungjawab menjaga keluarga.

“Saya berasal daripada keluarga yang berpecah-belah dan saya tak nak melalui pengalaman yang sama sebab itu tidak mahu terburu-buru soal kahwin,” katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran pakej percutian Kowamas Holidays bersama kelab peminat untuk bercuti ke Sepanyol semalam.

Selain itu, seperti mana-mana pasangan yang sedang mengikat tali pertunangan, mereka juga sering diuji dengan pelbagai perkara.

“Biasalah setiap hubungan ada turun dan naik. Itu adalah proses untuk kami mengenali satu sama lain,” ujarnya.

Bak kata madah pujangga, jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang. Semoga hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen