Hiburan Terkini

Remy Ishak Patah Jari Kaki Ketika Training Jadi Fighter MMA

PELAKON bertubuh sasa, Remy Ishak berkongsi di Instagram kecederaan yang dialaminya ketika terlibat dengan projek terbaharu.

Menurusi entri di laman sosialnya itu semalam, Remy memuat naik gambarnya di atas kerusi roda kerana sukar berjalan akibat jari kaki yang patah ketika menjalani latihan fizikal.

“Ok, cerita dia macam ini. Semalam training untuk projek terbaru, jadi MMA fighter, nasib tak berapa baik.

“Tersilap langkah, jari kaki abang terkeluar dari landasan. Ini pertama kali dalam hidup abang berlaku kejadian patah-patah macam ni, kelakar betul lah!” tulisnya.

Rata-rata peminat yang terkejut dengan perkongsian itu mendoakan agar dia lebih berhati-hati dan segera sembuh daripada kesakitan yang dialami.

Sebagai seorang pelakon, memang kadang-kadang kecederaan tidak dapat dielakkan walaupun sudah berhati-hati.

Apapun, semoga Remy cepat sembuh. Tak sabar nak tengok aksi Remy sebagai MMA fighter nanti! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.