Sensasi Terkini Viral

Remaja Jual Dara Dengan Harga RM10 Juta!

Tular baru-baru ini di laman sosial seorang remaja wanita menjual daranya dengan harga RM10 juta atau 2.3 juta Euro kepada seorang ahli perniagaan dari Hong Kong.

Remaja yang dikenali sebagai Aleexandra Kefren sebelum ini telah mengiklankan diri untuk menjual daranya dan kini hajatnya itu tercapai apabila dia mendapat bidaan tertinggi daripada ahli perniagaan tersebut.

Proses membida itu dikendalikan oleh sebuah agensi Cinderella Escorts dari Jerman. Bagi tujuan berkenaan, sebuah bilik hotel telah ditempah dan Kefren, 18, juga telah berbual dengan pembelinya itu melalui telefon.

Mereka bagaimanapun masih belum bertemu. Menurut Kefren dia sanggup menjual daranya berbanding memberikan kepada teman lelakinya yang mungkin akan meningalkannya. Bak kata pepatah habis madu, sepah dibuang.

Keputusan Kefren ini bagaimanapun telah mendapat tentangan daripada keluarganya dan mereka mengancam untuk membuangnya jika dia tetap dengan keputusan berkenaan.

Yelah, keluarga mana yang sanggup melihat anaknya berkelakuan seperti seorang pelacur dan menjual kehormatan diri.

Selepas mendapat bidaan berkenaan, Cinderella Escorts telah menerima tawaran daripada kira-kira 300 anak dara yang berhajat mahu menjual dara mereka dari seluruh dunia. Ia termasuk dari Australia, Eropah, Afrika, Amerika Utara dan Selatan serta Asia.

Inilah yang akan terjadi sekiranya manusia tidak tahu menghargai maruah diri dan sanggup melakukan apa sahaja demi wang.-KLICK.MY