Sensasi Terkini Viral

Remaja Dipotong Kemaluan Dan Dicungkil Mata Angkara Dendam

Angkara dendam seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dipotong kemaluan dan dicungkil matanya oleh seorang lelaki.

Lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana marah remaja berkenaan tidur dengan anak perempuannya.

Kejadian berlaku di Lahore, Pakistan dan ia menggemparkan masyarakat setempat. Menurut keluarga mangsa, anaknya diculik lelaki berkenaan bersama tioga rakannya sebelum mereka melakukan perbuatan kejam itu.

Walaupun berjaya diselamatkan pasukan perubatan sebuah hospital di sini, mangsa kini buta dan kehilangan kemaluannya.

Kejadian itu terbongkar Selasa lalu selepas keluarga remaja itu membuat laporan polis dengan mendakwa keluarga gadis berkenaan bertanggungjawab.

Mangsa ditemui seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan itu sebelum membawanya ke hospital. Pihaknya berkuasa di sana masih menyiasat kejadian tersebut.-KLICK.MY