Semasa Sensasi Terkini

Remaja 14 Tahun Guna Pokok Kedondong Jana Elektrik

Biasanya kita lebih mengenali buah kedondong kerana ia boleh dimakan, dibuat jeruk atau jus kedondong asam boi.

Namun, pernah tak kita terfikir pokok kedondong juga berguna malah jauh lebih bermanfaat daripada buahnya.

Tidak percaya? Hakikatnya seorang remaja berusia 14 tahun dari Acheh telah berjaya membuktikan pokok kedondong jauh lebih memberi manfaat kepada manusia.

Dia telah membuktikan kepada dunia pokok kedondong boleh menghasilkan elektrik. Remaja bernama Naufal Rizki merupakan pelajar kelas tiga.

Dia mula menjadi bualan media apabila berjaya menemui kaedah tersebut pada tahun lepas. Penemuan tersebut bermula dari kelas Ilmu Pengetahuan Awam (IPA) di sekolah dan kini, sudah lebih 60 buah rumah sudah berjaya menikmati hasil penemuan Naufal itu.

Pada awalnya Naufal melakukan eksperimen pada pohon manga dan ternyata hasil yang diberikan tidak memuaskan.

Naufal juga dikatakan telah menghabiskan berjuta-juta rupiah untuk mencari pokok yang sesuai bagi menjana tenaga elektrik.

Difahamkan, Naufal juga berjaya memanfaatkan pokok kedondong di hadapan rumahnya. Penemuan Naufal itu didengari oleh kerajaan dan mendapat bantuan dana dari kerajaan.

Selain itu, Naufal juga turut dijemput untuk menghadiri acara sains.

Menurut Naufal, ayahnya bekerja dalam bidang elektronik. Disebabkan itu dia banyak mengetahui tentang alat-alat elektronik.

Difahamkan juga, tenaga yang dihasilkan dari pokok terbabit masih lagi sederhana dan sangat-sangat bergantung pada tahap keasidan pokok.

Jadi, bagaimana sekarang adakah anda sudah mempercayainya? Inilah kehebatan seorang kanak-kanak yang dianugerahkan oleh Allah. Semoga penemuan ini memberi manfaat kepada dunia.-KLICK.MY