Jenayah Terkini

Remaja 12 Tahun Sorok Bayi Dalam Laci, Teman Lelaki Ditahan

BIMBANG rahsianya diketahui keluarga, seorang remaja bawah umur sanggup menyorokkan bayi yang baru dilahirkannya di dalam laci kabinet di rumah keluarga angkatnya di Sibu Sarawak.

Susulan penemuan bayi itu, teman lelaki remaja berkenaan dipercayai bapa kepada bayi malang itu ditangkap oleh  pihak polis.

Menurut Supritendan Martin Koo yang merupakan Timbalan Ketua Polis Sibu, remaja lelaki berusia 15 tahun itu ditahan selepas remaja perempuan yang berusia 12 tahun itu mendakwa dia adalah teman lelakinya.

“Gadis itu melahirkan bayi sendirian di rumah keluarga angkatnya di Kampung Bahagian Jaya pada pukul 6 petang.

“Bimbang sekiranya orang luar mengetahui mengenai perkara itu, dia menyembunyikan bayinya dalam laci di kabinet bilik stor,” katanya yang dipetik dari laporan The Star.

Sekitar pukul 4 petang pada Selasa, kakak angkat kepada remaja perempuan itu dikejutkan dengan tangisan bayi di dalam rumah.

Kakak angkat suspek menjumpai seorang bayi yang dibalut dengan tuala di dalam laci.

Pemilik rumah itu kemudiannya menghubungi pihak polis bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut.

Remaja lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen