Hiburan Sensasi Terkini

Ratu Cantik Pencuri Hati Hans Isaac

Pelakon kacak, Datuk Hans Isaac sering kali dikaitkan bercinta dengan artis wanita namun ia tidak pernah ‘melekat’. Ia sekadar khabar angin gosip semata-mata atau tiada jodoh.

Namun bab kata pepatah kalau sudah jodoh tidak ke mana. Akhirnya penantian demi penantian, pelakon Ringgit Kasorga ini mengumumkan tarikh perkahwinannya pada sidang media yang diadakan.

Hans Isaac memilih wanita yang bukan calang-calang kerana dia seorang ratu cantik. Wanita pilihannya itu bernama Aileen Gabriella Robinson dan merupakan bekas Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2011.

Mereka memilih tarikh 29 Julai nanti sebagai tarikh melangsungkan perkahwinan setelah bertunang pada 29 Januari lepas di Singapura.

Mereka mula menjalinkan hubungan secara serius sejak setahun lalu sebelum mengambil kata putus untuk mendirikan rumah tangga.

Tahniah diucapkan kepada keduanya dan semoga majlis tersebut diadakan dengan jayanya.-KLICK.MY

Save