Hiburan

Rampas Mikrofon Daripada Peserta, Haqiem Rusli Dikecam

BARU sahaja reda isu depresi, Haqiem Rusli kembali dikecam gara-gara tindakannya merempas mikrofon daripada seorang peserta dalam rancangan terbaharu NTV7, I Can See Your Voice Malaysia.

Dalam satu video pendek dari rancangan tersebut, seorang peserta dilihat menyanyi lagu popularnya, Tergantung Sepi.

Namun, peserta itu bukanlah seorang penyanyi profesional dan menyanyikan lagu tersebut nada sumbang.

Haqiem kemudiannya dilihat tidak senang dengan kualiti nyanyian peserta itu tiba-tiba naik ke pentas dan merampas mikrofon serta menyambung nyanyian seperti biasa.

Kemudian mikrofon kembali bertukar tangan kepada peserta sambil diiringi sorakan penonton dan artis jemputan.

Ada netizen yang berpendapat tindakan Haqiem itu tidak sepatutnya dilakukan kerana seolah seperti mencuri highlight yang sepatutnya dimiliki peserta dan bukan artis jemputan.

Mungkin apa yang dilakukan oleh Haqiem adalah sekadar gimik dan kehendak penerbit. Namalah rancangan realiti dan hiburan, tak sah kalau tiada elemen gimik atau drama. Tak gitu? –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.