Hiburan Sensasi Terkini

Ramai Terkejut, Remy Ishak Bertunang Senyap-Senyap

Ramai juga yang kecewa apabila mendapat tahu pelakon kesayangan mereka, Remy Ishak telah bertunang semalam. Pastilah yang kecewa rata-ratanya peminat perempuan.

Namun, tidak kurang juga yang tumpang gembira dengan khabar berita tersebut. Pandai Remy sorok kisah cinta mereka. Sedar-sedar sudah bertunang!

Pelakon berbadan sasa ini telah bertunang dengan usahawanita berjaya, Ezza Yusof.  Majlis pertunangan tersebut berlangsung di rumah pihak perempuan di Pahang.

Rata-rata peminat terkejut dengan berita tersebut kerana tiada angin tiada rebut, tiba-tiba sahaja Remy bertunang.

Tidak kisahlah sama ada dia bagi tahu atau tidak, apa yang penting dokan yang terbaik buat mereka berdua. Semoga ikatan pertunangan tersebut kekal hingga ke jenjang pelamin.

Walaupun Remy tidak mahu memberitahu tarikh pernikahan, anggaplah itu hak peribadinya. Mungkin ada sebab dia tidak mahu memberitahunya lagi.-KLICK.MY