Hiburan Terkini

Ramai Selebriti Tertekan, Macam Hidup Dalam Sangkar – Nazim Othman

KEHIDUPAN seorang selebriti sering dianggap menyeronokkan kerana berada dalam kemewahan, jadi buruan peminat dan media malah ada yang memandang tinggi selebriti kesayangan dan menginginkan ‘kesempurnaan’ hidup seperti mereka.

Ada kalanya, peminat lupa bahawa selebriti juga sama seperti mereka yang memiliki kekurangan diri dan masalah sendiri.

Pelakon Nadzim Othman meluahkan perasaannya tentang tanggapan umum terhadap selebriti yang menurutnya, tidak masuk akal kerana mereka seolah-olah tidak boleh buat silap langsung.

Baca nukilannya di Instagram di bawah:

Dah namanya pun selebriti, adakala memang kena akur permintaan peminat.

Bagaimanapun tidak salah juga jika nak jadi diri sendiri kerana bukan tak ada peminat yang berfikiran terbuka dan tidak kisah untuk menerima baik buruk selebriti kesayangan mereka. –KLICK.MY