Hiburan Sensasi Terkini

Ramai Peminat Derma Darah Untuk Julia Perez

Pelakon, penyanyi dan pengacara popular negara jiran, Julia Perez kini sedang bertarung nyawa melawan penyakit barah serviks yang dihidapinya sejak beberapa tahun ini.

Menerusi laman Instagramnya, kelihatan keadaan artis jelita yang senang membahasakan diri sebagai Jupe ini menerima rawatan di sebuah hospital.

Keadannya yang terlantar di katil hospital meruntun perasaan. Dia sering menghiburkan orang ramai dan kini ia terlantar sakit serta memerlukan sokongan para peminat.

Baru-baru ini dia mencari penderma darah jenis A+ dengan segera. Alhamdulillah ramai peminatnya datang ke hospital untuk menderma dan khabarnya Jupe telah menemui penderma yang sama jenis darah dengannya.

Dia sempat memuatnaik gambar para penderma yang baik hati di Instagram. Gambar tersebut mendapat komen netizen yang rata-rata mendoakan kesihatannya dan moga dia kuat melawan kanser.

Menyoroti perjalanan hidupnya saat dikhabarkan menghidap barah, Jupe dikatakan sanggup berhabisan duit dan hartanya demi merawat barah yang semakin merebak.

Moga artis ini kuat menghadapi dugaan hidup dan melawan barah yang dihidapinya.-KLICK.MY