Sensasi Viral

Rakaman Reuters, Gambar Bersejarah Sepanjang 2017

TAHUN 2017 berbaki lebih kurang sebulan sahaja lagi dan sepanjang hampir setahun ini dunia menyaksikan pelbagai kejadian, sejarah dan perubahan yang telah berlaku.

Selaku agensi berita yang tidak terlepas melaporkan berita seluruh dunia, Reuters mengeluarkan foto-foto menarik dan melibatkan insiden penting yang dirakam sepanjang tahun 2017.

Setiap gambar mempunyai cerita sendiri bermula dari acara glamor seperti karpet merah di festival filem sehingga ke situasi peperangan dan pelarian yang telah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia.

Saksikan gambar menarik di bawah:

Model Sweden ketika menghadiri karpet merah acara di Festival Filem Cannes ke 70 di Perancis
Tentera Demokratik Syria menunggu rakan seperjuangan yang cedera diserang militan IS dan dirawat pasukan medik di sebuah hospital di Iraq
Pasukan medik mengangkat mayat seorang kanak-kanak dijumpai di bawah runtuhan rumah yang musnah dibedil tentera udara diketuai Saudi di Sanaa Yemen pada 25 Ogos
Bot yang karam ketika taufan Irma 12 hari selepas ia melanda Pulau US Virgin pada 16 September
Pasukan tentera khas Iraq memerhatikan pengebom berani mati yang ditembak di Mosul Iran pada 3 Mac
Tentera Korea Utara berkawat di Pyongyang pada 5 April ketika sambutan hari lahir Diktator Kim II Sung yang mengasaskan Rejim Kim pada 1948
Lelaki memegang bendera Venezuela di hadapan mahkamah yang terbakar ketika rusuhan menentang presiden Nicolas Maduro di ibu Negara Caracas pada 1 Jun
Pelarian Rohingya, Hamida menangis ketika memegang mayat anaknya, 40 hari yang meninggal apabila bot terbalik ketika menyeberangi laut untuk ke Bangladesh pada 24 September
Lelaki menaiki bot untuk beri makan burung camar di Sungai Yamuna, New Delhi India
Diktator Kim Jong Un melancarkan peluru berpandu Hwasong-12 pada 16 September
Lelaki membakar udang di Brazil
Penganut agama Hindu melakukan ritual duduk dalam gua dan sembahyang di tepi sungai Ganges di Devprayag India pada 28 Mac, pekan itu dikenali sebagai tempat ibadat ‘haji’ penganut Hindu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen