Sensasi Terkini Viral

Raba Penumpang, Pengawal Keselamatan Ditangkap!

Harapkan pegar, pegar makan padi. Begitulah yang berlaku di sebuah stesen bas di China apabila seorang pengawal keselamatan mengambil kesempatan mencabul penumpang wanita.

Sebagai pengawal keselamatan sepatutnya dia menjaga keamanan dan keselamatan penumpang namun sebaliknya yang berlaku, dia pula yang menjadi ‘pengacaunya’.

Aksi biadapnya itu berjaya dirakam oleh kamera liter tertutup (CCTV) dan menjadi tular. Menurut laporan Shanghaiist, pengawal berkenaan menggunakan sebuah alat khas untuk mengesan objek besi dengan cara melalukannya di atas badan penumpang lelaki.

Sebaliknya, apabila tiba giliran penumpang wanita, pengawal tersebut menggunakan tangannya untuk meraba buah dada sehingga ke bahagian perut.

Pengawal tersebut ditangkap polis Jumaat lepas selepas seorang wanita membuat aduan mengenai perbuatan biadapnya itu.

Elok-elok ada kerja, tak pasal-pasal kena tangkap gara-gara tidak dapat menahan nafsu. Selepas ini meringkuklah dalam penjara kalau betul-betul didapati bersalah.-KLICK.MY