Semasa Sensasi Terkini Viral

Punya Nama Unik, Proton Saga dan Viva Tular Di Media Sosial

Apabila disebut Proton Saga dan Viva pasti terlintas di fikiran ia nama kereta nasional. Namun, seorang pemuda Orang Asli Sungai Jentong membuktikan ia bukan sahaja nama kereta nasional tetapi juga nama dirinya.

Malah, Proton Saga Kelambu,33, turut mengikut jejak bapanya dengan memberikan nama anak perempuannya dengan nama Viva, 10, lapor akhbar Sinar Harian.

Anak sulungnya dinamakan Viva sempena kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007 selepas dicadangkan seorang jururawat di Tapah.

Menurut Proton, dia sedikit pun tidak malu dengan nama tersebut dan penduduk kampung tidak pernah memperlekehkan namanya.

Proton Saga menjadi perhatian selepas namanya sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tular di media sosial.

Namanya yang unik itu mula menjadi sebutan sehinggalah ada wartawan yang datang menemuramahnya.

Sementara bapanya, Kelambu Jambi, 54, berkata nama anak sulungnya itu diberikan selepas dicadang seorang anggota polis di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).-KLICK.MY

Sumber: Sinar Online