Selebriti Sensasi Terkini Viral

‘Selfie’ Dekat Jenazah Ibu Punca Putus Cinta – Zul Ariffin

PELAKON berbadan sasa, Zul Ariffin akhirnya mendedahkan hubungan cintanya dengan pelakon jelita, Zahirah Macwilson telah berakhir lebih sebulan lalu.

“Sejak tahun lalu, ramai sudah tahu mengenai perhubungan kami yang bagai ada pasang surutnya.

“Kami sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan. Sebab itu saya hanya beri ‘samar bayangan’ jika ada yang bertanya.

“Hari ini saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali.

“Jika masih meneruskan hubungan bermakna saya aniayai diri sendiri. Tiada apa mahu disembunyikan lagi,” kata Zul.

Tambah Zul yang kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir pada 5 Disember lalu, dia tidak kecewa dengan perpisahan yang berlaku.

“Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

“Begitulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

“Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu buka penutup muka untuk cium arwah ibu buat kali terakhir.

“Menyampah memandangnya tapi saya masih teruskan hubungan. Saya tak kejam dan tetap memaafkannya,” katanya.

Zul bersama arwah ibunya.

Kata Zul, dia reda apabila masalah cinta yang berlarutan tak mampu untuk dipulihkan lagi.

“Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

“Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan jejas kehidupan peribadi tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa perlu saya kenangkan lagi,” ujarnya.

Cinta datang dan pergi. Mungkin antara mereka tiada jodoh. Semoga satu hari nanti Zul bertemu cinta sejatinya. –KLICK.MY

Sumber: BH Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.