Sensasi Terkini Viral

Prihatin, Jamie Oliver Tawar Makanan Percuma Buat Mangsa Kebakaran

Chef terkenal dunia dari Britain, Jamie Oliver turut melahirkan rasa simpatinya kepada mangsa-mangsa kebakaran di Menara Grenfell dengan menawarkan makanan dan tempat tinggal percuma buat mereka.

Jamie memuat naik tawaran itu di Instagramnya semalam. Memandangkan restorannya (Jamie’s Italian) hanya terletak 1.5 kilometer sahaja dari tempat kejadian, memudahkan mangsa-mangsa kebakaran datang.

Dia menawarkan kepada 100 keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Dalam Instagramnya, Jamie menyiarkan gambar bangunan yang terbakar itu. Gambar itu dipercayai diambil dari sudut restorannya yang terletak di Westfield.

“Kepada mana-mana daripada 100 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran, anda dialu-alukan untuk datang menikmati hidangan di restoran saya dan diberi makan dan minuman oleh para pekerja saya.

“Anda hanya perlu beritahu kepada pengurus restoran saya, Juan dan kami akan bantu dan melayan anda dengan penuh kasih sayang,” tulisnya.

Selain Jamie, ada beberapa lagi orang artis yang mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran seperti Jeremy Clarkson, Piers Morgan, Fearne Cotton dan Lily Allen.

Mereka turut menawarkan bantuan dan mendesak agar penduduk London melakukan perkara yang sama. –KLICK.MY