Sensasi Terkini Viral

Pewasat MAS Patah Balik, Lelaki Mabuk Mahu Ceroboh Kokpit

Semalam kecoh berita mengenai pesawat Malaysia Airlines MH128 terpaksa berpatah balik ke Melbourne, Australia selepas seorang penumpang cuba memasuki kokpit.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.11 malam (kira-kira 9 malam waktu Malaysia) di mana pesawat dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne kira-kira 30 minit selepas itu.

Bagaimanapun penumpang lelaki dari Sri Lanka yang cuba memasuki kokpit itu berjaya ditangkap dan ditenangkan oleh anak kapal dan orang ramai.

Hari ini rakaman video suasana dalam pesawat ketika lelaki berkenaan diberkas oleh pihak berkuasa Australia lengkap bersenjata telah menjadi tular hari di laman sosial.

Menurut laporan berita, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Aziz Ab Kaprawi menafikan pesawat MH128 berkenaan cuba dirampas, sebaliknya menurut beliau, kejadian itu melibatkan seorang penumpang mabuk yang cuba memasuki ruang kokpit pesawat.

“Ia bukan rampasan pesawat. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat, penumpang itu yang juga warga Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Ia bukan bom tetapi powerbank,” jelas beliau. –KLICKMY