Luar Negara

Pesawat Lion Air Yang Terhempas Bawa 188 Orang Termasuk 2 Bayi

SEBUAH pesawat penumpang terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang Jakarta, Indonesia, pagi tadi.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

“Kami boleh mengesahkan pesawat kami terputus hubungan, namun lokasi kehilangan itu masih belum dapat dipastikan,” ujar jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro.

Sementara itu, Detik News melaporkan pesawat malang tersebut disahkan jatuh di laut utara Karawang, Jawa Barat.

Pesawat tersebut membawa 188 orang di dalamnya.

“Pesawat itu membawa 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak, dan dua bayi dengan dua juruterbang dan lima pengawal penerbangan,” kata Ketua Kerjasama dan Perhubungan Awam Seksyen Direktorat Jenderal Penerbangan Awam (DG Hubud) Kementerian Perhubungan, Sindu Rahayu, dalam satu kenyataan.

Buat masa ini keadaan penumpang dan anak kapal tidak diketahui sama ada selamat atau tidak.–KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.