Hiburan Terkini

Pesan Alif Satar Buat Bapa Nur Aina: ‘Good Luck, Jangan Jatuh Sabun’

API kemarahan rakyat Malaysia terhadap  kes kematian tragis kanak-kanak berusia 9 tahun, Nur Aina Nabihah yang dipercayai didera ayah kandungnya hingga buah pinggang rosak, usus terkoyak serta patah tulang rusuk, masih membara.

Kekejaman melampau ke atas seorang anak kecil menjadi punca utama kemarahan masyarakat.

Pelakon dan penyanyi Aif Satar sendiri tidak dapat membendung kemarahannya terhadap ayah kanak-kanak itu apabila wajah lelaki berkenaan tersebar di akhbar tempatan.

Sebelum ini media tidak mendedahkan wajah tertuduh, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, namun selepas didakwa di mahkamah wajahnya mula ditayangkan.

Alif yang merupakan bapa kepada dua anak dengan sinis mengucapkan “good luck” kepada tertuduh sepanjang tempoh berada di penjara beserta pesanan “jangan jatuhkan sabun di dalam sana (penjara)”.

Ianya merupakan pesanan biasa kepada banduan jenayah seksual yang mempunyai maksud tersirat iaitu mereka juga menghadapi kemungkinan diperlakukan sepertimana perbuatan kejam mereka.

Alif turut menggelar lelaki itu sebagai pembunuh budak dan mempromosikan hashtag #stopperogoldalamrumah dan #stopchildabuse.

Alif merupakan jurucakap kepada satu kempen membanteras perogol dalam rumah iaitu kes rogol melibatkan ahli keluarga mangsa sendiri, yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Tertuduh, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 31 Januari lalu.

Pertuduhan itu dibuat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Nur Aina dipercayai diseksa seperti komando dengan dipaksa melakukan tekan tubi, sit up dan ketuk ketampi selain dipukul, ditendang dan dipijak oleh bapa kandungnya sendiri hingga menemui ajal.

Antara yang dirampas di rumah suspek adalah kerusi plastik dan tali pinggang yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.