Sensasi Terkini Viral

Pesan Fish & Chips Tetapi Dapat Ikan Bilis

Tak tahulah nak ketawa atau marah apabila makanan yang dipesan tidak seperti yang dibayangkan. Pesan fish & chips tetapi yang sampai adalah beberapa ekor ikan bilis bersama kentang.

Namun, itulah kenyataan yang perlu diterima oleh seorang pelanggan restoran di Singapura. Pelanggan tersebut, Jaze Phua mengalami situasi tersebut ketika mahu makan di Level 33, Craft-Brewery Restaurant & Lounge, Marina Bay.

Insiden yang boleh dikatakan pelik tapi benar itu telah dimuat naik oleh Jaze di Facebook hingga menjadi tular di Singapura dan Malaysia.

Menurutnya, dia hanya memesan fish & chips tetapi apabila hidangan tersebut sampai ke mejanya, dia terkejut kerana mendapati hanya ikan bilis, kentang dan lemon.

Pada mulanya dia beranggapan hidangan tersebut hanya pembuka selera tetapi ternyata meleset.

Namun, dia diberitahu bahawa ia adalah fish & chips yang dipesan tadi yang berharga SGD$17.50 sepinggan. Dia hanya mampu tergelak kerana harganya yang tidak masuk akal.

Dia kemudian membandingkan harga tersebut seperti membeli kereta sebenar tetapi apa yang dapat hanyalah kereta mainan sahaja.

Jaze juga menyatakan di dalam menu tertulis fish & chips malah white bait ada juga ditulis sekali. Rupa-rupanya white bait ialah ikan bilis yang dihidangkan bersama kentang.

Gambar itu tersebar luas di laman sosial malah ada yang mengambil peluang bertanyakan kepada chef terkemuka antarabangsa, Gordon Ramsay berkenaan hidangan itu.

Bagaimana kalau anda yang mengalami situasi tersebut? Adakah mahu menukar menu atau meneruskan memakannya dengan hati yang ‘panas’?-KLICK.MY