Sensasi Terkini Viral

Perut Lembu Ditebuk Mudahkan Pemeriksaan Kesihatan

Sekali lihat, memang terasa ngeri dan menyakitkan. Apa tidaknya perut lembu ditebuk dan dibuat lubang. Namun itulah kaedah terbaik dilakukan untuk memudahkan pemeriksaan kesihatan.

Hampir 14 ekor lembu di Switzerland telah ditebuk perutnya dan dipasang alat dikenali sebagai fistula atau kanula.

Kanula ialah paip luaran yang menghubungkan ke bahagian pencernaan lembu. Dengan bantuan paip ini, para penternak lebih mudah mengakses dan memeriksanya.

Sebuah kajian telah dilakukan pada lembu yang dilengkapi dengan Kanula. Para penternak perlu memahami lebih dalam tentang pemakanan lembu dan bagaimana haiwan itu mampu memproses makanan.

Itulah sebabnya, alat ini akan membantu mereka meningkatkan kaedah pertanian dan memeriksa nutrisi lembu. Kanula ini sepanjang lapan inci.

Cara ini sebenarnya pernah dilakukan pada tahun 1920-an. Setelah mendengar tentang kejayaan usaha ini, banyak penternak di Eropah dan Amerika Syarikat menggunakan teknik ini untuk menaikkan kualiti ternakan dengan cara yang lebih baik.

Walaupun kelihatan ngeri dan menjijikkan, teknik kanula telah membuktikan kejayaan kaedah baru di dunia penternakan.-KLICK.MY