Sensasi Terkini Viral

Pernah Kahwin Namun Penyanyi Tak Tun Tuang Dakwa Masih Perawan

PENYANYI dari seberang, Upiak Isil tidak asing lagi di negara ini selepas lagunya “Tak Tun Tuang” menjadi viral di media sosial.

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa penyanyi lagu Minang ini sebenarnya pernah berumah tangga.

Rumah tangga Upiak atau nama sebenarnya Nanda Silvia ini dikatakan roboh selepas bekas suami didakwa Upiak telah menipu dan kemudian mengahwini kekasihnya.

Begitu pun, apa yang menarik perhatian adalah dakwaan Upiak yang mengakui dirinya masih perawan meski sempat bergelar isteri selama dua setengah tahun.

Hal ini didedahkan Upiak ketika menjadi tamu undangan dalam program Karma episod 77 di saluran ANTV Indonesia.

Akui Upiak kepada pengacara program Robby Purba, walaupun telah bernikah secara sah mengikut hukum agama, dia tidak dapat melakukan hubungan intim dengan bekas suaminya kerana tidak mempunyai perasaan untuk melakukannya.

Walaupun kedengaran agak aneh namun ianya tidak mustahil berlaku dan mungkin hanya Upiak dan mantannya sahaja tahu apa sebenarnya yang telah ditempuh oleh mereka sepanjang bersama. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen