Sensasi Terkini Viral

Perkhidmatan Van Jenazah Percuma, Usaha Lelaki Ini Harus Dipuji!

Usaha murni seorang lelaki bernama Mohd Zulhairi Zainol wajar dipuji kerana menyediakan perkhidmatan van jenazah secara percuma.

Perkhidmatan percuma itu ditawarkan oleh Zulhairi menerusi kumpulan Facebook Bandar Baru Bangi Community sebelum ia menjadi viral.

Menurut Zulhairi, perkhidmatan van jenazah percuma itu ditawarkan kepada golongan kurang berkemampuan yang boleh digunakan untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau ke tanah perkuburan.

Alhamdulillah, moga usaha murninya ini memberi kemudahan dan kesenangan kepada pihak yang memerlukan. Khabarnya perkhidmatan ini akan beroperasi sepenuhnya pada minggu hadapan.

Selain itu, menurut Zulhairi kereta tersebut adalah sumbangan daripada pengikut Facebook dan sebahagian warga bandar baru Bangi yang mengenalinya.-KLICK.MY