Sensasi Terkini Viral

Netizen Kecam Pengantin Kahwin Sejenis Pakai Songkok

Thailand merupakan sebuah negara yang memberi laluan atau memperakui jantina maknyah, selain menerima gay dan lesbian.

Boleh dikatakan tiada apa yang dilarang di sana apabila dikaitkan dengan golongan LGBT.

Bagaimanapun beberapa hari lepas, sebuah video perkahwinan antara lelaki dengan lelaki (gay) telah tular dan heboh diperkatakan netizen.

Video tersebut mendapat perhatian netizen Malaysia apabila perkahwinan sejenis antara Ar Buribun (suami) dan Trarapet Sansai (isteri) di Huwayon Wilayah Trang, pada 12 Mei lalu itu menampilkan salah seorang pengantin memakai songkok.

Rata-rata mengecam tindakan mereka, malah ada yang memaki dan mengeji keduanya.

Pelbagai spekulasi dibuat mengenai pemakaian songkok tersebut malah ada yang menyatakan ianya bukan songkok.

Ada juga yang menelah budaya di sana memakai songkok sama seperti topi atau pengantin itu sememangnya berketurunan Melayu tetapi bukan beragama Islam.

Semoga amalan ini tidak merebak ke Malaysia. Minta dijauhkan daripada anak-anak muda kita mengikut langkah mereka. –KLICK.MY