Semasa

Perkahwinan Mereka Ibarat ‘Cucu’ Dan ‘Nenek’

Aduhhh..romantiknya pasangan yang baru sahaja menikah ini!

Jangan terkejut ya kalau dikhabarkan pasangan ini mempunyai perbezaan umur yang begitu jauh.

Pengantin lelakinya, Sofian Loho Dandel baru berusia 28 tahun manakala isterinya pula, Martha Potu berusia 82 tahun! Kedua-duanya dari Minahasa Selatan, Indonesia.

Menurut Sofian, dia sebenarnya tidak menyangka jodohnya bersama Martha. Namun inilah yang dikatakan jodoh.

Apa yang menariknya, pasangan ini begitu romantik sekali apabila membahasakan diri masing-masing sebagai papi dan mami.

Perkenalan mereka bermula dengan satu panggilan telefon. Kebetulan Sofian yang menjawab panggilan tersebut.

Sejak itu mereka mula berkenalan dan sering berbual sehingga berputiknya cinta asmara.

Tambah menarik setelah hanya berbual di telefon akhirnya mereka berpakat untuk berjumpa buat kali pertama.

Menurut Sofian dia mengaku agak terkejut saat kali pertama bertemu kerana tidak menyangka Martha sudah berusia.

Namun akuinya kerana cinta yang terlalu kuat, mereka bertekad untuk meneruskan hubungan tersebut sehingga ke jenjang pelamin.

Kisah manis hubungan dua pasangan itu menjadi viral di media sosial Indonesia sehingga banyak foto perkahwinan pasangan itu dikongsi di Facebook.

Menurut Martha, suaminya meninggal dunia 10 tahun lepas. Martha tinggal bersendirian di rumahnya kerana kedua-dua anaknya berada di Jerman dan Arab Saudi.

Ini barulah dikatakan cinta sejati. Tak gitu!-KLICK.MY