Gaya Hidup

Pereka Fesyen Terkenal, Kate Spade Ditemui Mati Gantung Diri

PEREKA fesyen terkenal, Kate Spade disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang kemungkinan disebabkan bunuh diri pagi semalam.

Mendiang meninggal dunia pada usia 55 tahun dan difahamkan pereka fesyen asal Amerika Syarikat ini ditemui mati oleh pembantu rumah di kediamannya di Park Avenue, New York sekitar jam 10.00 pagi.

Sementara itu, lapor portal berita di sana, Spade ada meninggalkan sekeping nota sebelum menggantung diri.

Sehingga kini, belum ada pihak yang boleh memperincikan apakah isi kandungan nota yang ditinggalkan Spade sekiranya ia benar-benar wujud.

Bagi yang belum mengenali pereka fesyen ini, jenama Kate Spade merupakan hasil kerjasama bersama suami, Andy Spade.

Jenama ini mula menjadi perhatian pencinta fesyen sekitar 90-an sehingga kini. Antara barang yang cukup sinonim dengan jenama ini ialah beg tangan, kasut, kaca mata, pakaian serta barangan perhiasan.

Sehingga kini jenama berkenaan sudah pun mempunyai lebih 175 outlet retail seluruh dunia. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.