Luar Negara Terkini

Perbuatan Jijik Dirakam CCTV, Lelaki ‘Buang Hajat’ Dalam Sup Daging

BAYANGKAN sekiranya anda mahu menikmati semangkuk sup namun tiba-tiba sup tersebut berbau pelik. Adakah anda terus memasukkannya ke dalam mulut atau tidak?

Bagaimana pula selepas anda memakan sup tersebut dan akhirnya mendapat tahu sup tersebut sebenarnya telah tercemar dengan najis manusia?

Begitulah yang berlaku di sebuah restoran di selatan China apabila misteri sup daging berbau pelik akhirnya terjawab.

Perbuatan menjijikkan seorang lelaki yang ‘membuang hajat’ di dalam masakan itu akhirnya terbongkar pada 28 Mac lalu selepas pemilik premis itu dikenali sebagai Jiang bertindak memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Tindakan itu dilakukan pesaingnya, Li yang turut membuka restoran mi di Haikou di wilayah Hainan.

Jiang membuat aduan kepada polis dan bapa Li yang melakukan perbuatan itu telah ditangkap sebelum dibebaskan tidak lama kemudian.

Sampel diambil Pentadbiran Ubat dan Makanan China mendapati sup itu dicemari najis dan air kencing manusia.

Menurut Jiang, tiada berlaku pertengkaran antara mereka malah dia sering memanggil Li sebagai ‘abang’.

Namun, bapa lelaki tersebut sengaja melakukan ‘prank’ kerana cemburu berikutan restoran dikunjungi lebih ramai pelanggan.

“Saya masih menunggu permohonan maaf daripada Li dan keluarganya,” katanya.

Agak-agaknya sudah berapa orang pelanggan yang termakan sup ‘ramuan istimewa’ itu. Pastinya selepas mengetahui, ramai yang sudah termakan akan memuntahkannya kembali. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen