Sensasi Terkini Viral

Penyu Telan Duit Syiling Akhirnya Temui Ajal

Angkara perbuatan manusia yang mencampakkan syiling di sebuah kolam dengan niat untuk mendapat tuah, telah menyebabkan seekor penyu betina menemui ajalnya.

Manusia yang mahu menagih tuah tetapi penyu pula yang menjadi mangsa dan tidak bertuah. Kisah penyu betina ini mendapat liputan seluruh dunia gara-gara jatuh sakit akibat menelan ribuan duit syiling seberat 5 kilogram.

 

Penyu yang dikenali sebagai Omsin ini sebelum dikenali ramai ditempatkan dalam sebuah kolam di wilayah Chon Buri, Thailand.

Namun setelah jatuh sakit, ia dijaga rapi oleh pakar veterinary dan pasukannya di Pusat Penyelidikan Akuatik, Chulalongkorn University. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan Omsin.

Pembedahan dilakukan selama tujuh jam bagi mengeluarkan duit syiling dari system penghadamannya. Namun nyawa penyu berusia 25 tahun itu tidak dapat diselamatkan.

Rata-rata masyarakat dunia bersedih dengan kematian Omsin. Semoga kes ini dapat pengajaran dan sebagai manusia kita perlulah menjaga alam sekitar dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada hidupan lain.-KLICK.MY