Hiburan Terkini

Penyanyi VE, Damian Mikhail Selar Michael Ang Persenda Islam

KOMPOSER dan penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail menyelar tindakan pengarah, Michael Ang yang dikatakan mempersendakan Islam dalam video tular terbaru dimuat naik di Youtube.

“Makin berani. Agama islam kini dijadikan bahan jenaka. Jika anda Muslim ‘unfollow’ saja. Tak perlu tengok karya yang dia buat, senang.

“Wahai Michael Ang! Kau tahu tak, kau boleh ‘get into a whole load of trouble for stupid statements like this’ (menyebabkan banyak masalah kerana kenyataan bodoh seperti ini). Bukan nak menang kau punya peribadi,” tulis Damian di laman sosial, petang semalam.

Tegasnya, jangan kerana sering menghasilkan karya drama dan filem Melayu, dia boleh memberi komen yang menyentuh hal ehwal agama Islam.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, Damian meminta Michael agar tidak lagi memberi komen sensitif sedemikian dan berdoa semoga pengarah itu mendapat hidayah daripada Allah.

Dia juga sudi membimbing Michael sekiranya mahukan bantuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai keindahan Islam pada masa depan.

Sebelum ini, pengarah itu memuat naik video memberi komen berkaitan isu pelancaran tudung terbaru Neelofa di sebuah pusat hiburan, baru-baru ini.

Menerusi komen dalam video itu, dalam nada sinis Michael mendakwa, mungkin tiada masalah jika dia mahu sewa pusat hiburan itu untuk mengadakan majlis tahlil selepas ini.

Michael bagaimanapun mengambil positif komen yang diberikan apabila tidak berapa lama kemudian meminta maaf menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya.

Menurut Michael, dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia mengenai video tersebut. Perkataan tahlil yang digunakan menyebabkan timbulnya salah faham.

Katanya lagi, maksud sebenarnya ialah kelab malam tersebut adalah tempat mengadakan pelbagai jenis majlis. Apa jua majlis yang mahu dibuat mereka tiada masalah untuk sewakan kepada orang ramai.

“Sebenarnya itu maksud saya tetapi saya salah guna perkataan tahlil. Sepatutnya saya kena guna perkataan bersanding, bertunang atau perkataan lain ke. Maafkan saya, “ujarnya.

//www.instagram.com/embed.js

Mungkin Michael tidak bermaksud untuk mempersenda Islam. Seperti yang dijelaskannya, pemilihan kata yang tidak sesuai dan salah menyebabkan timbulnya salah faham.

Semoga Michael lebih berhati-hati selepas ini dan kalau boleh jangan lagi sentuh hal ehwal agama Islam yang boleh mengundang salah faham orang ramai. –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.