Sensasi Terkini Viral

Penting Diri, Tuan Kereta Axia Dikecam Parkir Kereta Di Simpang Jalan

Tak tahulah apa yang tuan kereta Axia berwarna kuning ini belajar ketika ambil lesen memandu dulu. Tindakannya memarkir kereta di simpang jalan sudah tentu menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini laman sosial Facebook Info Terkini telah memuat naik beberapa keping gambar memaparkan sebuah kereta Axia berwarna kuning yang sesuka hati parkir di simpang jalan di sebuah premis dipercayai sebuah kolej tempatan.

Tak tahan dengan sikap penting diri tuan kereta berkenaan, beberapa keping notis diselitkan pada pengelap cermin depan kereta oleh pihak yang marah dan geram.

Pelbagai cemuhan dan kata-kata kesat ditinggalkan kepada tuan kereta. Malah netizen juga turut mengecam kerana tidak berpuas hati dengan sikap penting diri tuan kereta terbabit.

Moga dengan ‘nota-nota cinta’ yang ditinggalkan itu memberi kesedaran kepada tuan kereta agar tidak mengulanginya lagi selepas ini.-KLICK.MY

Tag