Sensasi Terkini Viral

Peniaga Jelaskan Hal Sebenar, Jual Arnab Bukan Kucing

Heboh sejak semalam beberapa keping gambar yang menunjukkan peniaga di bazar Ramadan didakwa menjual kucing atau anak anjing.

Gambar tersebut membuatkan netizen membuat pelbagai andaian. Kejadian dikatakan berlaku di bazar Ramadan Kampung Guntong, Setiu Terengganu.

Melihat rupanya seakan-akan mirip kucing panggang atau goreng. Justeru ada netizen mendakwa ia adalah seekor kucing. Ada juga mengatakan yang ia adalah anak anjing.

Netizen agak terkejut kerana yang menjualnya juga kelihatan seperti orang Melayu dan memakai tudung. Jadi, mereka percaya kejadian itu berlaku di Malaysia.

Namun segala persoalan terjawab selepas pemilik gerai tampil memberikan penjelasan.

“Jangan kecam saya, saya jual arnab jer , makanan halal , bukan makanan haram nak jual ikut suka,” tulis Mohd Ebbie Shafiran di laman Facebook.

Jelasnya lagi, dia memang ada memuat naik dua keping gambar itu di laman Facebooknya sebelum menjadi tular tetapi bersama kapsyen yang menjelaskan tentang jualan arnab bakar tersebut.

Rasanya kalau kepala arnab itu dipotong atau dibuang ia tidaklah kelihatan seperti kucing. Ada juga netizen yang beranggapan sedemikian.

Biasanya daging arnab akan dipotong kecil. Rasanya tidak pernah pula melihat orang menjual daging arnab seperti yang peniaga ini lakukan. Mungkin selepas ini, ramai peniaga lain ikut jejak langkah peniaga ini. –KLICK.MY