Luar Negara Terkini

Pengunjung Teruja Beli Tiket Nak Lihat Penguin.. Tapi Hampa!

TAK ramai antara kita pernah melihat penguin di depan mata kerana faktor habitat haiwan ini yang hidup nun di kutub berais.

Bagaimanapun haiwan ini diketahui sangat comel malah sering dijadikan subjek dalam rancangan kartun kanak-kanak mahupun filem animasi.

Tak hairanlah, masyarakat setempat di di Nantong, Jiangsu, China berasa amat teruja apabila sebuah taman rekreasi di sana mengiklankan bahawa mereka bakal membawa secara eksklusif penguin dari Kutub Selatan untuk dilihat secara dekat.

Rata-rata tak sabar menanti tarikh pameran berlangsung dan menjangkakan pasti ada sekurang-kurangnya persembahan istimewa daripada haiwan tersebut.

Apabila tiba harinya, taman rekreasi berkenaan sesak dengan pengunjung terutama ibu bapa bersama anak masing-masing yang kelihatan amat teruja. Tiket masuk bernilai 20 Yuan (RM12) boleh dikatakan agak murah berbanding pengalaman yang bakal ditempuh.

Namun sebaik tiba ke lokasi di mana penguin Kutub Selatan dikatakan menanti mereka ternyata apa yang dilihat amatlah mengecewakan!

Penguin-penguin tersebut rupanya cuma patung yang diisi angin sahaja!!

Walau bagaimanapun jika diamati, patung-patung penguin tersebut merupakan watak dalam filem animasi “Madagascar”.

Penguin dalam filem itu digambarkan berasal dari Antartika yang terletak di Kutub Selatan, jadi pihak pengurusan taman tersebut mungkin boleh dikira tidaklah menipu seratus peratus…

Kebanyakan pengunjung terutama para ibu bapa ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa marah mereka kerana berasa terpedaya dengan iklan yang tersebar terutama menerusi aplikasi WeChat.

Apa-apa pun golongan kanak-kanak dilihat mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan perasaan “teruja” bertemu penguin secara berdepan.

Kasihan penguin yang tak bersalah jadi mangsa…

Pemilik taman berkenaan tidak sepatutnya menggunakan taktik iklan yang boleh mengelirukan pengguna seperti ini.

Bayangkan jika mereka mahu melaksanakan sebarang promosi tentang tarikan terbaharu tempat itu di masa akan datang, sedikit sebanyak pasti ramai pelawat yang serik untuk percaya dan datang menyaksikannya. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.