Sensasi Terkini Viral

Dikecam Kerana ‘Sound’ Orang Gemuk Datang Fashion Show

SEMALAM tular di media sosial mengenai kenyataan pengkritik dan pengulas fesyen tempatan, Zaihani Mohd Zain yang tidak berpuas hati terhadap tetamu berbadan besar atau gemuk yang hadir ke acara pertunjukan fesyen.

Dia yang meluahkan rasa tidak puas hati itu melalui media sosial miliknya, antara lain turut menasihati individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram supaya tidak menghadiri acara sedemikian.

“Kalau berat badan melebihi 60kg tak payahlah datang, sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak.

“It’s so awkward and uncomfortable for the persons seated next to you!!!” tulisnya.

Pandangan peribadi Zaihani itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang dalam kalangan kenalan mahupun pereka fesyen tempatan.

Kenyataan itu turut menarik perhatian pelawak Vicha Saywho. Menurut Vicha dengan nada sinis, dia akan bawa kerusi sendiri seandainya dijemput ke pertunjukan fesyen.

Sememangnya menjelang Ramadan dan Aidilfitri, pelbagai pertunjukan fesyen diadakan sempena mempromosi busana Aidilfitri oleh pereka fesyen tempatan.

Tak salah sebenarnya berkongsi pendapat namun janganlah sampai menghina pihak lain. Sesiapa sahaja layak ke pertunjukan fesyen tidak kiralah gemuk ataupun kurus.

Fesyen juga tidak terhad kepada individu yang kurus sahaja. Kalau tidak, masakan ada pertunjukan fesyen khas untuk individu bersaiz besar. –KLICK.MY

Sumber: Astro Gempak

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen