Sensasi Terkini Viral

Pengguna PC Di Sarawak Antara Mangsa Terawal Ransomware

Dunia hari ini gempar dengan penularan virus Ransomware yang didakwa telah menyerang ratusan ribu komputer di kebanyakan negara di dunia.

Virus ini mengunci data pada sistem komputer dan meminta mangsa membayar sejumlah wang bagi memulihkan akses masuk semula ke dalam sistem milik mereka.

Di Malaysia sebelum ini, tersebar laporan palsu tentang penutupan mesin ATM gara-gara serangan virus Ransomware, membuatkan ramai yang memilih untuk berhati-hati.

Apatah lagi kini tersebar pula kenyataan seorang pengguna Facebook, mendakwa komputernya telah diserang virus ini.

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Jacros Manan dari Kuching, Sarawak menyatakan komputernya telah menjadi mangsa virus berkenaan.

Jacros mengeluh, apabila dalam sekian banyak komputer dirinya telah menjadi mangsa virus berkenaan.

Dia memuat naik paparan skrin komputernya yang menunjukkan serangan virus itu, sekaligus menimbulkan rasa gusar dalam kalangan netizen jika komputer mereka turut diserang virus yang makin menular di seluruh dunia ini.

Dalam pada itu Kementerian Sains, Tek­nol­ogi dan Inovasi melalui CyberSecurity Malaysia mengesahkan telah menerima dua laporan berkaitan insiden serangan siber ‘Ransomware WannaCry’ sejak semalam daripada institusi pendidikan dan syarikat swasta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dilaporkan berkata, pihaknya percaya jumlah tersebut mungkin lebih banyak kerana mangsa tidak membuat laporan. –KLICK.MY