Luar Negara Terkini

Pengasas Toys R Us, Charles Lazarus Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun

SETELAH seminggu syarikat Toys R Us mengumumkan penamatan operasinya di Amerika Syarikat, pengasas gedung rantaian permainan Toys R Us, Charles Lazarus meninggal dunia hari ini pada usia 94 tahun.

“Banyak detik sedih melanda Toys R Us beberapa minggu kebelakangan ini, dan tidak ada yang lebih menyakitkan daripada berita kematian pengasas tercinta, Charles Lazarus, selepas sekian lama mengalami masalah kesihatan,” kata satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

Lazarus yang sekian lama lebih selesa berada di belakang tabir menubuhkan syarikat itu pada 1948.

Bermula sebagai sebuah kedai barangan penjagaan anak kecil ia berkembang menjadi salah satu jenama kanak-kanak yang paling dikenali di dunia.

“Beliau adalah bapa perniagaan permainan kanak-kanak,” kata Michael Goldstein, yang menggantikan Lazarus sebagai ketua eksekutif, kepada CNN.

Minggu lalu Toys R Us mengumumkan akan membubarkan operasinya di Amerika Syarikat dengan menutup semua 735 kedainya.

Syarikat gergasi yang menjadi mangsa ledakan jualan runcit dalam talian itu turut menyaksikan lebih 33,000 kakitangannya hilang pekerjaan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.