Gaya Hidup

Pengasas Tegaskan Zumba Tak Boleh Kuruskan Badan, Hanya Keseronokan

PELBAGAI cara dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai.

Selain berjogging, tarian Zumba juga menjadi pilihan ramai untuk melakukan aktiviti sihat.

Ramai beranggapan tarian tersebut boleh menjadikan mereka kurus. Namun, pendedahan terbaharu pengasas tarian ini, Beto Perez, amat mengejutkan!

Menurut Perez, tujuan utama tarian Zumba dicipta bukanlah untuk menguruskan badan sebaliknya hanya untuk mencari keseronokan.

Sungguhpun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa peserta yang melibatkan diri dalam seni tari itu juga berupaya untuk menurunkan berat badan mereka.

Jelas Perez lagi, aktiviti Zumba mengaktifkan endorfin iaitu hormon yang membuatkan seseorang itu berasa gembira.

Bagi yang tak tahu, ada empat teras utama dalam Zumba iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaeton.

Setiap teras ini pula ada 16 pergerakan dengan 25 variasi. Dalam kesemua teknik pergerakan itu, hanya 25 hingga 30 peratus yang melibatkan pergerakan kecergasan.

“Falsafah utama Zumba ialah senang, seronok dan berkesan.

“Sebab itu dalam Zumba, dalam satu kelas ada gabungan golongan anak, emak dan nenek. Semua boleh join,” katanya.

Menurut Perez, selebriti seperti Shakira turut menyertai aktiviti Zumba sewaktu hamil.

Namun, dia menasihatkan wanita hamil agar tidak melakukan pergerakan berimpak tinggi, sebaliknya hanya memilih rentak tarian biasa sahaja demi menjaga kandungan. –KLICK.MY

Sumber: The Jakarta Post