Luar Negara Terkini

Pengarah Filem Maut Ditanduk Zirafah Ketika Penggambaran

PENGARAH filem Afrika Selatan maut terkena hantukan kepala zirafah ketika menjalankan penggambaran di kawasan rizab di luar bandar raya Johannesburg, kata pemilik taman berkenaan.

Beliau meninggal dunia ketika dibawa ke hospital menerusi jalan udara.

Zirafah itu menanduk kepala Carlos Carvalho di Kawasan Mukim Glen Afric di wilayah North West.

“Ketika Carlos berdiri di depan zirafah itu, haiwan berkenaan membuka kaki, membengkokkan leher dan menghayunkan kepalanya ke arah Carlos,” kata anggota keluarga yang memilik kawasan itu, Richard Brooker, kepada laman web Netwerk24 Afrikaans.

Zirafah bergelar Gerald itu tidak melakukan kesalahan, kata Brooker.

Agensi penerbitan filem Afrika Selatan, Callacrew, berkata Carvalho meninggal dunia malam Rabu lalu.

“Kami, dengan sedih mengumumkan kematian Carlos Carvalho, seorang daripada pengarah fotografi kegemaran kami.

“Carlos merakamkan rencana di Glen Afric dan bertembung dengan zirafah di set sehingga membawa kematiannya,” kata agensi itu di laman Facebook.

Carvalho, 47, bapa kepada dua anak, dilaporkan sedang melihat menerusi kamera untuk merakamkan imej jarak dekat zirafah itu apabila kejadian berlaku. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen