Sensasi Terkini Viral

Pengajaran, 2 Pemuda Beri Anak Aligator Minum Arak Dihukum!

Sungguhpun buaya atau yang sejenis dengannya merupakan binatang ganas namun bukan bermakna kita boleh menyeksa sesuka hati haiwan berdarah sejuk ini.

Kejadian yang berlaku di Carolina Selatan bileh dijadikan pengajaran terutamanya anak-anak muda.

Oleh kerana mahu mendapat perhatian di Facebook, dua pemuda memuat naik gambar mereka sedang menyeksa seekor anak alligator.

Perbuatan mereka mendapat kecaman netizen. Joseph Andrew Floyd Jr, 20, dan Zachary Lloyd Brown, 21, telah menemui seekor anak alligator sedang melintas jalan di Jasper Country yang terletak di wilayah persisir di bahagian selatan Carolina.

Setelah menangkap anak alligator tersebut, mereka memegang leher dan membuka mulut anak alligator tersebut.

Kemudian kedua-duanya bertindak menuang bir ke dalam mulut haiwan tersebut. setelah puas mengambil gambar perbuatan mereka, kemudiannya anak alligator itu dilepaskan di kawasan air berdekatan.

Bangga dengan perbuatan itu, mereka terus memuat naik di dalam Facebook. Ibarat kata pepatah tiada kerja cari kerja, perbuatan mereka itu mengundang padah.

Mereka dituduh atas kesalahan penganiayaan terhadap hidupan liar. Malah mereka boleh didenda maksimum USD300 atau lebih kurang RM1,281.15.

Sememangnya ada perlindungan persekutuan untuk memastikan buaya sah diburu untuk perdagangan antarabangsa. Namun dalam kes mereka, sebaliknya yang terjadi. –KLICK.MY