Sensasi Terkini Viral

Penerbit Filem Porno Jepun Mahu Buat Uji Bakat Di Kuala Lumpur

Panas! Industri filem porno Jepun sedang kekurangan bakat pelakon lelaki dan sebuah syarikat penerbitan dijangka akan datang ke Malaysia antara Mei dan Jun untuk mencari bakat baru.

Akhbar Malay Mail melaporkan, syarikat Tokyo Dreams akan datang ke Kuala Lumpur selepas baru-baru ini menjalankan uji bakat di negara jiran, Singapura.

Di Singapura, Tokyo Dreams telah menguji bakat 25 peserta lelaki dan lima terbaik daripadanya berjaya ditawarkan kontrak untuk beraksi dalam video porno dengan syarikat tersebut.

Dalam temu bual bersama Sunday Register, pengurusnya, Shime Tashiaki berkata, kami melihat beberapa bakat yang bagus di Singapura.

“Kami berharap dapat berjumpa lebih banyak bakat baru di Kuala Lumpur dan kini kami sedang meneliti lokasi yang sesuai untuk uji bakat,” katanya.

Menurut laporan oleh Press Union, uji bakat di Singapura dijalankan secara rahsia.

Penerbit tidak menyatakan lokasi dan masa sebaliknya berkongsi pembayang tertentu supaya peserta berfikir sendiri di mana lokasi dan itu menyebabkan hanya 25 peserta yang muncul.

Uji bakat di Malaysia juga mungkin melalui proses yang sama dan jika dilihat kepada Malaysia yang konservatif berita ini pasti mengundang kontroversi di kalangan masyarakat dan agamawan. –KLICK.MY